Bagaimanakah persediaan kita tentang kehidupan di padang mahsyar yang akan mengambil masa selama lima puluh ribu tahun ( ukuran akhirat) sebagaimana sabda baginda yg bermaksud :
" Bagaimanakah hal keadaan kamu, ketika Allah SWT menghimpunkan kamu semua di Mahsyar laksana menghimpunkan anak panah di dalam bakul tempat menyimpan yang sempit. Kamu akan ditempatkan dalam keadaan bertindih-tindin selama lima puluh ribu tahun ( ukuran akhirat)"
Sekiranya kita benar-benar seorang yang bijak kita akan benar-benar meneliti perkara ini dan menyediakan perancangan untuk diri kita dan orang-orang yg kita sayang supaya tidak terlambat.
Saya ingin berkongsi ilmu yang saya dapat mengenai gambaran hari akhirat dari semasa ke semasa supaya sama-sama beroleh keberkatan, kebaikan dan hidayat dari ALLAH SWT.
1. Lima ratus tahun mendengar bunyi gegak gempita. ( sangat kuat kerana bulan dan bintang berlanggaran dilangit yang terdekat dgn kita. Matahari ibarat sejengkal dari kepala kerana dekatnya.)
2. Manusia dan jin terhimpit dalam kepungan malaikat (dari langit pertama hingga ketujuh)yg membentuk halaqah ( lingkaran) berbaris2 mengelilingi manusia dan jin. Bnyknya malaikat itu 70 kali ganda dari jin dan manusia.
3. Berasak-asak dan berhimpit2 digambrkan satu tapak kaki ditindih seribu tapak kaki.
4. Sebelah kiri perhimpunan manusia boleh mendengar bunyi neraka bernafas, menakutkan.
5. Bumi diganti dgn bumi yg lain yakni dataran berwarna putih drp jenis logam seperti perak. Dataran putih apabila di pancar matahari, panas 70 kali ganda drp panas matahari di dunia. Keadaan semakin sesak, tolak menolak hingga tiada masa utk berehat walau sejenak.
6. Manusia dan jin dlm keadaan berhimpit2, sesak2, terhoyong hayang, panas, pijak memijak dgn azab sengsara yang tak tertanggung. Ianya berlangsung selama seribu tahun (ukuran akhirat).
(bersambung........)